Wednesday, May 19, 2010

LenseCORE Sungai Chiling Waterfall Challenge

Perghhh...akhirnya sekali lagi LenseCORE members with other team telah menjayakan program meredah hutan belantara bagi mencari ketenangan diri..


Kali ini kami seramai 15 orang telah meredah hutan simpan di Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor untuk membuat sesi mandi manda dan Photoshoot di Sungai Chiling Waterfall..

Perjalanan dari Selayang mengambil masa selama 1jam sebelum sampai ke pintu masuk Santuari Ikan Sungai Chiling..Sesi Group Photo terlebih dahulu dilakukan sebelum berjalan masuk menuju ke kem

Perjalanan di Empangan Hulu Selangor..

Group Photo Member LenseCORE

Setelah sampai di Kem, kami dikehendaki mendaftarkan diri dan di kenakan bayaran masuk sebanyak RM1 seorang. Now...lets it begin..kami telah meredah 6 anak sungai yang mana kedalamannya mencecah hingga ke paras paha dan keadaan denai yang agak licin disebabkan hujan lebat semalam.Perjalanan mengambil masa selama 1 jam sebelum sampai di Air Terjun Sg Chiling..


Perjalanan Menuju Ke KEm

Taking by NizamDruss...hehehe

Trekking bermula..

Meredah anak sungai

Akhirnya sampai juga kami ke kawasan air terjun..Terasa nyaman hati ini melihat keindahan ciptaan Allah s.w.t.Udara yang segar membuatkan kami semua tidak sabar untuk mandi..Aku, Nijey dan Amir membuat sesi photosoot terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti mandi manda..beberapa keping foto sempat diambil bagi menunjukkan keindahan Sungai Chiling ini..

Macam biasa bila dah datang ke tempat camni mestila ada gambar slow shutter kan..hehehe

Air Terjun Sungai Chiling

Air Terjun Tingkat 2

Sesi mandi manda

Slow Shutter skit

Kemeriahan

Main Lompat-lompat


Kemeriahan Ikan Kelah...by NizamDrus

Setelah kepenatan makan, mandi dan sesi photoshoot..kami bergerak keluar dari kawasan ini sekitar jam 3.30petang.Hujan yang turun renyai-renyai membuatkan kami bergerak laju untuk keluar menuju ke kem..

Our Trip End Here..

Last Kopek..Try main Macro with my Sigma 28-80 macro Lens



Sekian dari abam kacak..Next time our trip to Broga Hill dan misi meneroka hutan-hutan akan bermula..tunggu...