Sunday, November 22, 2009

Wedding Dzul & Didie

Salam semua..telah lama blog ni tidak berupdate..dah nak bersawang dah ni..so kali ni aku postkan sedikit gambar wedding Dzul & Didie yang berlansung pada 21hb dan 22hb yang lepas..Shooting kali ini di buat di Intekma Resort Shah Alam, dimana aku telah mengambil tanggungjawab berat ini dari sifu ku, Tawam untuk menggantikannya mengambil sesi photography ini.

Intro dulu ye..

DSC_2492

Sunday, August 16, 2009

Slow Shutter Part 1...Road To Kalumpang..

Salam semua..

Pada Sabtu lepas aku telah join Reunion Geng2 Abe aku yang mane aku pon terlibat same menjadi ajk untuk projek tersebut yang berlansung di Kalumpang Resort & Training Centre di Tanjung Malim..

So..berdasarkan keadaan di sana yang agak cun dengan waterfall nyer..maka aku bersama rakan Amin menjalankan beberapa aktiviti bermain shutter speed dimana aku menslowkan shutter speed untuk mengambil gambar air yang laju di sana..

Aku telah meng'set'kan aku punya kamera kepada Shutter speed 1/5 seconds dan apperture paling tinggi iaitu dari f22 ke f36. Aku menggunakan tripod dan timer untuk mengambil shoot-shoot ini.Yang last sekali jangan lupa setkan ISO ke paling rendah..macam kamera aku setkan ke ISO 200

Disebabkan aku menggunakan lens macro aku maka sedikit terganggu untuk mengambli angle yang sesuai..Ketika aku meng'shoot' pic ini aku kebanyakan berada di dalam air(di tengah2 arus sungai yang deras)..

Dibawah merupakan sebahagian gambar aku..

Setting DSLR:

ISO200, Shutter Speed : 1.5s, Apperture : f22 - f36

DSC_1067

DSC_1056

DSC_1044

DSC_1033

DSC_1030

DSC_1077

Diharap dapatlah anda komen2 sedikit pic-pic aku ni...

p/s:maaf ayat tak berapa ikut tatabahasa..huhuhu

Monday, August 10, 2009

Panning Photography

Perghh..lama benar aku xupdated blog ni...dah berhabuk dah....

So pada entry kali ini aku akan menceritakan pasal teknik-teknik Panning Photography yang agak popular di kalangan jurufoto tempatan..

Untuk melakukan panning ini aku telah ke SIC(sepang international circuit) pada Sabtu lepas untuk mengambil gambar jentera-jentera yang berlumba dalam Merdeka Millenium Endurance Race yang berlansung awal kerana kedatangan bulan Ramadhan.

Aku kali ini lebih berminat pada sukan permotoran..mungkin kerana darah muda aku ni masih panas2 lagi..hehehe..

Ok..untuk melakukan panning yang cantik..elok di lakukan pada waktu siang kerana keadaan pencahayaan yang cukup bagi aku..aku telah buat panning masa Drag Challange yang lepas dimana berlansung pada waktu malam..

Untuk setting panning ini..
Aku telah mensetkan Kmare aku kepada manual mode..dan masih menggunakan auto focus..
manakala bagi shutter speed aku turunkan kepada 1/50sec dan apperture aku naikkan ke f/16..

First.. masa jentera dekat dengan aku..aku focus kan kepada subjek dan lockkan subjek dan aku mengikut aliran jentera dan trus shoot pada keadaan yang sesuai..

mungkin ade yang kurang faham dengan penjelasan aku ini..untuk makluman lanjut boleh bertanya k..

di sini aku postkan pic panning yang telah aku ambil..

DC5

DSC_0460

LOtus

Ferrari

DSC_0426

Aston martin

Untitled-1

Ni la yang paling buat darah panas aku mendidih...Drag Battle Motor..teringat mase main motor dulu..satu cita2 yang xkesampaian aku..nak masuk drag...
DSC_0567

Harap dapat la semua komen2 pic aku ni..aku terima seadanya..

p/s : credit to my sifu Tawam & Amin yang banyak ajar aku teknik panning niss..
terima kasih

Thursday, August 6, 2009

Testing my Video Effect

Tuesday, July 21, 2009

Hujan Lebat di Bulan Julai

Kedengaran bunyi hujan mencurah-curah dari luar bangunan ofis ku ini..dari kacamata aku melihat beberapa pegawai berlari-lari anak menuju ke lobi mengelak di basahi hujan yang datang tanpa di pinta..Kuasa Allah S.W.T yang tiada tandingannya..

Keadaan pagi yang sejak tadi ceria dengan gelak ketawa pegawai-pegawai MITI sudah mula di sulami keadaan suram dan sepi akibat kesejukan yang amat sangat menyebabkan semua bergegas ke meja sambil menyaluti tubuh dengan sweater yang tersedia di kerusi masing-masing..Kelihatan beberapa wajah yang menunjukkan kelegaan setelah dapat mengurangkan kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang putih..

Ada yang mencari air panas untuk membancuh milo,kopi dan tea..Masing-masing mencari kaedah yang berkesan untuk memanaskan badan..Ada yang membuat alasan menghisap rokok kerana ingin memanaskan badan,tidak kurang juga yang bergegas ke klinik akibat deman yang datang tiba-tiba..

Manakala aku,dengan kesejukan melampau itu,aku masih di meja melayari internet sambil melihat foto-foto yang terdapat dalam flickr kawan-kawan aku.Pada masa yang sama aku terasa hidup aku pada hari ini amat berlainan sekali. Aku rasa jiwa aku ini seakan-akan kosong tanpa di isi oleh apa-apa perasaan. Aku tiba-tiba teringat akan kampung halaman ku yang telah beberapa bulan tidak aku jejaki. Kesejukan ini membuatkan aku terasa bagai berada di kampung. Di kampung pada bulan 12 yang mana banyak kampung-kampung sekitar dibanjiri oleh air hujan yang turun mencurah-curah sejak beberapa hari. Terbayang-bayang di kepala ku yang aku sedang menolong keluarga aku memindahkan barang-barang ke pejabat ibuku memandangkan rumah aku mula dinaiki air..Suasana sejuk dan kebasahan di waktu itu membuatkan aku cepat-cepat memindahkan barang.

Aku melihat adik ku sedang bermain air di bawah pejabat itu bersama rakannya. Terus abang aku mengertaknya supaya jangan bermain air. Keadaan yang berlarutan beberapa hari itu amat aku ingati, dengan hujan yang turun tanpa tiada tanda untuk berhenti.
Syukur setelah 3 hari aku dan keluarga tinggal di pejabat,air telah mulai surut. Perkara yang paling malas aku lakukan adalah sesi membasuh rumah. Penat,lelah dan kesejukan melanda aku, membuatkan aku menjadi malas dan berat hati untuk melakukannya. Tapi kalau aku tidak bergotong royong maka,tiada la tempat untuk aku berteduh.

Satu hari masa diambil untuk membasuh dan mengemaskan rumah yang dilanda banjir itu. Proses yang amat memenatkan bagi aku sekeluarga. Malam itu dengan berlapik kan tikar kami sekeluarga tidur di ruang tamu sahaja.. Keadaan malam yang amat sejukkan membuatkan aku terkenangkan peristiwa itu pada masa ini. Aku merasa tidak sabar untuk pulang ke kampung, 1 Ramadhan nanti aku dan abang aku akan pulang bercuti menyambut kedatangan puasa di kampung. Sudah lama aku tidak dapat menyambut puasa di kampung memandangkan kesibukan bekerja. Kampungku...nantikanlah kepulangan ku nanti..

Wednesday, July 8, 2009

Aku Terkesima Dalam Sebuah Mimpi

Salam semua..Entry Kali ini lebih kepada karya penulisan ku yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..
Aku kadang2 terfikir kembali adakah aku di lahirkan untuk menjadi seorang Photographer?Pengkarya?Pakar IT?..
Semuanya akan terjawab suatu hari nanti..Terimalah sedikit karya hasil penulisan ku ini..

Boom!Boom!Boom!

Tiba-tiba aku tersedar dari lamunanku..Aku trus berlari pulang menuju ke rumahku...opsss..aku terlupa bahawa aku datang ke pejabatku dengan motorsikal..Aku kembali ke motorsikal ku dan menaikinya pulang ke rumah..

Dengan kadar kelajuan 140km/j aku berjaya sampai ke rumahku dalam 5 minit sahaja..Lantas aku terus meng'ON'kan pc aku..pc yang kembali slow amat menstresskan aku yang dalam kekalutan ini..

Oh...Aku trus membuka folder Paeh's Wedding dan menatap beberapa pic wedding..Kemudian,aku terkesima dengan semua ini dan kehidupanku..adakah aku ini sesuai untuk menjadi seorang Fotoman @ seorang Penulis @ tetap ngan kije aku as PPTM di MITI..ermmm..Aku bukanlah seorang pujangga @ seorang arjuna yang bijak berkata2..Aku jugalah bukan seorang Fotoman yang betul2 pro..aku masih amatur dalam bidang ini..Aku adalah aku..Seorang insan yang manis bernama Mohd Zaim Bin Mahidin...Aku terasa 'down' dengan hasil kerja aku sebelum ni..

Terlupa untuk aku katakan bahawa pada masa ini..keluarga aku semua telah berpindah ke Kuala Lumpur..semua sedang sibuk dengan kerja masing2 tanpa menghiraukan aku yang masih terkesima..

Alamak..jam dah menunjukkan hampir 3 petang..masa lunch aku sudah pon lama tamat..Aku bergegas berlari ke pejabatku..Motorsikal ku tinggalkan kerana kehabisan minyak..Aku berlari ke dalam sebuah bangunan yang begitu usang dan kelihatan beberapa kumpulan samseng kot sedang melepak di sana..

Aku terus menuju ke tangga dan melompat turun bak Clark Kent yang cuba untuk terbang..Aku berjaya mendarat dengan poyo dan smart sekali membuatkan kumpulan samseng itu terasa tercabar dengan kehadiran ku ini..Tiba-tiba seorang dari ahli kumpulan itu yang bulat lagi comel menyerang aku..hupps..aku berjaya melompat dan mendarat di atas perutnya y buncit itu..Hups dishhhh..Aku melompat n meng'kick' tepat di muka seorang ahli tersebut y menerpa padaku..'Hikmat lompatan Bola Keranjang' itu yang aku dengar dari salah seorang ahli nye seraya dia menyerang aku..tiba-tiba wuarghhhhhhhh....aku terus bangun dari tido meninggalkan mimpi yang xberkesudahan itu..Aku lihat jam tepat pukul 6.45pg..Aku trus ke bilik air dan mandi..manakala abgku tengah berkemban sambil mengosok gigi di sinki..

Aku trus bersiap mencapai Kemeja batikku dan menyarungkan ke tubuhku y seksi ini..Dalam perjalanan ke pejabat..bermacam2 bayangan hadir dalam kepalaku..Aku masih lagi terkesima dalam mengenangkan hidup aku di alam ini..Apa sebenarnya yang aku cari..Adakah ianya CINTA?..KERJAYA?..WANG N HARTA?..SEKS?..itu semua akan terjawab nanti..dalam cerita kehidupan ku..kehidupan yang akan di adili di akhirat nanti..

~tamat~

PLEASE AMMEND THAT MY NEW WEBSITE OF PHOTOGRAPHY NOW HAS BEEN LAUNCH..@ www.abamzaim.co.cc..

TQ

Thursday, June 18, 2009

My New Website

Salam semua..

Semalam saya telah launching website saya yang terbaru iaitu Abamzaim Photography Portfolio..Anda semua boleh melayari dengan menggunakan link ini..klik di bawah k..

AbamZaim Photography

Mungkin selepas ini penulisan blog akan berkurangan kerana saya akan banyak upload di website saya ini..Selamat melayari k..

Tq to all..

Wednesday, June 10, 2009

Hanz & Man..Newly Bride..Part 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

Pada Sabtu lepas kawe telah menjalankan aktiviti mengkaver Wedding untuk member iaitu Hanz & Man..Majlis yang berlansung dari jam 8 pagi hingga 6petang memang amat memenatkan bagi kawe yang masih newbie dalam wedding photography ini..

Kepenatan urat-urat badan masih lagi terasa dan bahang panas matahari masa kejadian masih terbayang-bayang dalam ingatan ini..

Sungguhpun xakan kawe lupakan hari tersebut kerna dapat la juga kawe mengkaver seorang diri walaupun di serang kekalutan..hehehe..

So..kawe uploadkan beberapa pic wedding beliau yang telah di edit serba sedikit..dan lebih-lebihnya mungkin kawe akan upload kemudian hari..

majlis akad nikah
Majlis Akad Nikah di Masjid Jamek Kajang..

flowers
Hiasan Katil Beradu...

riangria
Keceriaan Sang Mempelai...

SIC2
Bersama Member SagaIswaraClub..

SIC
Bersama Member SagaIswaraClub lagi...

man&hanz
Love is Only You...

Dari kerana mata
Dari Kerana Mata...Ooooo Aku Tergoda...

The Ringsabam zaim with bride

Sekian saja untuk ari ini..nanti ade masa kawe kan posting pic wedding tanpa editting..

Tuesday, June 2, 2009

Majlis Pertunangan Yie..

Pada Ahad lepas saudara yusrill telah mengajak aku ke majlis pertunangan beliau yang berlansung nun jauh di Batu Pahat Johor..

Memakan masa hampir 3 jam amat memenatkan aku selaku penumpang yang berjaya.. Sampai2 je kat cna..Kegatalan aku untuk membawa bersama kamera aku memang tidak disia2kan..

Maka dapatlah aku mengambil beberapa gambar majlis pertunangan tersebut..Dengan hari yang panas dan juga keadaan yang tidak berasa sihat membuatkan sedikit saje gambar yang aku ambil...

Disini aku paparkan sekeping dua pic pada majlis tersebut..

Sesi perbincangan
Sesi Perbincangan..

pertunangan

Untitled-1
Pabila cincin disarung..

Keluarga
Rombongan kuarga lelaki..

combine

yie & odah

yie&odah 4ver

Sekian dari abamzaim...

Portraiture

Pada entry kali ini aku cuba mengeketengahkan Gambar Potrait yang telah di ambil serta di edit sedikit sebanyak oleh aku..

Aku juga seperti photographer yang lain yang gemarkan mengambil pic potrait ini cuma carenya sahaja yang berbeza..

Gambar2 ini merupakan antara gambar terbaru yang aku ambil di sekitar Jalan Tar, Tasik Metropolitan, Kuala Krai dan Kuala Lumpur..

Harap Dapat memberi komen atas hasil aku kali ini..Tq..

Untitled-2
This cute litle girl taken at Jalan Tar..

DSC_4942
My Bro walking to his car..

DSC_4263
My litle bro..new hair style..

Untitled-2
Eyes Of The WORLD...

DSC_5437
Thinking of Something

DSC_5446
HDR version..

Sunday, May 24, 2009

Street Photography Part 2

Hari ni hari Ahad..hari minggu or cuti untuk warga2 KL..

di tengah2 orang lain lena di ulik mimpi dan berselimut..aku pagi-pagi lagi kuar menuju ke Tasik Metropolitan..

Kali ini aku ingin mengetengahkan Street Photography juga..Satu Stail yang menarik minat aku..

Aku bertuah kerana pagi ini aku dapat beberapa shoot menarik dari petunjukan Xtream Bike dari bikers yang boleh aku katakan sebagai OTAI..

Kali ini aku xde edit ape-ape..just shoot n post..hehehe...enjoyed it k..






















cukup saje kali ini..maaf kualiti gambar kurang baik..sebab xpakai upload dari flickr..

Tuesday, May 19, 2009

Wedding Collection

Salam semua..hari ini hari Rabu..lagi beberapa hari lagi untuk gaji...hehehe..

InsyaAllah kalau cukup rezeki ku bulan ini dapat la aku tambah skit aksesori untuk gajet aku ni..

Pada hari ini,aku ingin memaparkan sedikit Foto perkahwinan yang telah aku ambil sebelum ni..Memang di akui foto wedding ini amat memenatkan bagi sesorang yang baru seperti aku ini,,

Foto-foto ini aku ambil beberapa bulan lepas iaitu wedding kakak aku dan juga wedding sepupu aku..

Harap semua dapat menerima foto-foto ini dengan seadanya..

DSC_1689


Acara menepung beras kunyit kepada pengantin..

DSC_1747

DSC_1697
Old skool style

DSC_1739 Fish eye???

DSC_1686
Selamat Pengantin Baru..

Suap-menyuap
Sesi suap-menyuap kek..

Ariffah & Shahrul

DSC_0111 Pengantin Baru

Wedding's Ring

Wedding Potrait 3

Kasih Kekal Abadi

Bagi foto wedding aku banyak menggunakan Adobe PS untuk membuat skit modifikasi keatas Tone kaler dan sedikit touchup yang biasa dan penggunaan Software Photoscape juga ade di gunakan untuk membuat border seperti foto-foto di atas..

Sekian saja untuk kali ini..nantikan updated untuk wedding baru selepas 25/6 nanti..