Tuesday, July 21, 2009

Hujan Lebat di Bulan Julai

Kedengaran bunyi hujan mencurah-curah dari luar bangunan ofis ku ini..dari kacamata aku melihat beberapa pegawai berlari-lari anak menuju ke lobi mengelak di basahi hujan yang datang tanpa di pinta..Kuasa Allah S.W.T yang tiada tandingannya..

Keadaan pagi yang sejak tadi ceria dengan gelak ketawa pegawai-pegawai MITI sudah mula di sulami keadaan suram dan sepi akibat kesejukan yang amat sangat menyebabkan semua bergegas ke meja sambil menyaluti tubuh dengan sweater yang tersedia di kerusi masing-masing..Kelihatan beberapa wajah yang menunjukkan kelegaan setelah dapat mengurangkan kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang putih..

Ada yang mencari air panas untuk membancuh milo,kopi dan tea..Masing-masing mencari kaedah yang berkesan untuk memanaskan badan..Ada yang membuat alasan menghisap rokok kerana ingin memanaskan badan,tidak kurang juga yang bergegas ke klinik akibat deman yang datang tiba-tiba..

Manakala aku,dengan kesejukan melampau itu,aku masih di meja melayari internet sambil melihat foto-foto yang terdapat dalam flickr kawan-kawan aku.Pada masa yang sama aku terasa hidup aku pada hari ini amat berlainan sekali. Aku rasa jiwa aku ini seakan-akan kosong tanpa di isi oleh apa-apa perasaan. Aku tiba-tiba teringat akan kampung halaman ku yang telah beberapa bulan tidak aku jejaki. Kesejukan ini membuatkan aku terasa bagai berada di kampung. Di kampung pada bulan 12 yang mana banyak kampung-kampung sekitar dibanjiri oleh air hujan yang turun mencurah-curah sejak beberapa hari. Terbayang-bayang di kepala ku yang aku sedang menolong keluarga aku memindahkan barang-barang ke pejabat ibuku memandangkan rumah aku mula dinaiki air..Suasana sejuk dan kebasahan di waktu itu membuatkan aku cepat-cepat memindahkan barang.

Aku melihat adik ku sedang bermain air di bawah pejabat itu bersama rakannya. Terus abang aku mengertaknya supaya jangan bermain air. Keadaan yang berlarutan beberapa hari itu amat aku ingati, dengan hujan yang turun tanpa tiada tanda untuk berhenti.
Syukur setelah 3 hari aku dan keluarga tinggal di pejabat,air telah mulai surut. Perkara yang paling malas aku lakukan adalah sesi membasuh rumah. Penat,lelah dan kesejukan melanda aku, membuatkan aku menjadi malas dan berat hati untuk melakukannya. Tapi kalau aku tidak bergotong royong maka,tiada la tempat untuk aku berteduh.

Satu hari masa diambil untuk membasuh dan mengemaskan rumah yang dilanda banjir itu. Proses yang amat memenatkan bagi aku sekeluarga. Malam itu dengan berlapik kan tikar kami sekeluarga tidur di ruang tamu sahaja.. Keadaan malam yang amat sejukkan membuatkan aku terkenangkan peristiwa itu pada masa ini. Aku merasa tidak sabar untuk pulang ke kampung, 1 Ramadhan nanti aku dan abang aku akan pulang bercuti menyambut kedatangan puasa di kampung. Sudah lama aku tidak dapat menyambut puasa di kampung memandangkan kesibukan bekerja. Kampungku...nantikanlah kepulangan ku nanti..

Wednesday, July 8, 2009

Aku Terkesima Dalam Sebuah Mimpi

Salam semua..Entry Kali ini lebih kepada karya penulisan ku yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini..
Aku kadang2 terfikir kembali adakah aku di lahirkan untuk menjadi seorang Photographer?Pengkarya?Pakar IT?..
Semuanya akan terjawab suatu hari nanti..Terimalah sedikit karya hasil penulisan ku ini..

Boom!Boom!Boom!

Tiba-tiba aku tersedar dari lamunanku..Aku trus berlari pulang menuju ke rumahku...opsss..aku terlupa bahawa aku datang ke pejabatku dengan motorsikal..Aku kembali ke motorsikal ku dan menaikinya pulang ke rumah..

Dengan kadar kelajuan 140km/j aku berjaya sampai ke rumahku dalam 5 minit sahaja..Lantas aku terus meng'ON'kan pc aku..pc yang kembali slow amat menstresskan aku yang dalam kekalutan ini..

Oh...Aku trus membuka folder Paeh's Wedding dan menatap beberapa pic wedding..Kemudian,aku terkesima dengan semua ini dan kehidupanku..adakah aku ini sesuai untuk menjadi seorang Fotoman @ seorang Penulis @ tetap ngan kije aku as PPTM di MITI..ermmm..Aku bukanlah seorang pujangga @ seorang arjuna yang bijak berkata2..Aku jugalah bukan seorang Fotoman yang betul2 pro..aku masih amatur dalam bidang ini..Aku adalah aku..Seorang insan yang manis bernama Mohd Zaim Bin Mahidin...Aku terasa 'down' dengan hasil kerja aku sebelum ni..

Terlupa untuk aku katakan bahawa pada masa ini..keluarga aku semua telah berpindah ke Kuala Lumpur..semua sedang sibuk dengan kerja masing2 tanpa menghiraukan aku yang masih terkesima..

Alamak..jam dah menunjukkan hampir 3 petang..masa lunch aku sudah pon lama tamat..Aku bergegas berlari ke pejabatku..Motorsikal ku tinggalkan kerana kehabisan minyak..Aku berlari ke dalam sebuah bangunan yang begitu usang dan kelihatan beberapa kumpulan samseng kot sedang melepak di sana..

Aku terus menuju ke tangga dan melompat turun bak Clark Kent yang cuba untuk terbang..Aku berjaya mendarat dengan poyo dan smart sekali membuatkan kumpulan samseng itu terasa tercabar dengan kehadiran ku ini..Tiba-tiba seorang dari ahli kumpulan itu yang bulat lagi comel menyerang aku..hupps..aku berjaya melompat dan mendarat di atas perutnya y buncit itu..Hups dishhhh..Aku melompat n meng'kick' tepat di muka seorang ahli tersebut y menerpa padaku..'Hikmat lompatan Bola Keranjang' itu yang aku dengar dari salah seorang ahli nye seraya dia menyerang aku..tiba-tiba wuarghhhhhhhh....aku terus bangun dari tido meninggalkan mimpi yang xberkesudahan itu..Aku lihat jam tepat pukul 6.45pg..Aku trus ke bilik air dan mandi..manakala abgku tengah berkemban sambil mengosok gigi di sinki..

Aku trus bersiap mencapai Kemeja batikku dan menyarungkan ke tubuhku y seksi ini..Dalam perjalanan ke pejabat..bermacam2 bayangan hadir dalam kepalaku..Aku masih lagi terkesima dalam mengenangkan hidup aku di alam ini..Apa sebenarnya yang aku cari..Adakah ianya CINTA?..KERJAYA?..WANG N HARTA?..SEKS?..itu semua akan terjawab nanti..dalam cerita kehidupan ku..kehidupan yang akan di adili di akhirat nanti..

~tamat~

PLEASE AMMEND THAT MY NEW WEBSITE OF PHOTOGRAPHY NOW HAS BEEN LAUNCH..@ www.abamzaim.co.cc..

TQ