Tuesday, July 21, 2009

Hujan Lebat di Bulan Julai

Kedengaran bunyi hujan mencurah-curah dari luar bangunan ofis ku ini..dari kacamata aku melihat beberapa pegawai berlari-lari anak menuju ke lobi mengelak di basahi hujan yang datang tanpa di pinta..Kuasa Allah S.W.T yang tiada tandingannya..

Keadaan pagi yang sejak tadi ceria dengan gelak ketawa pegawai-pegawai MITI sudah mula di sulami keadaan suram dan sepi akibat kesejukan yang amat sangat menyebabkan semua bergegas ke meja sambil menyaluti tubuh dengan sweater yang tersedia di kerusi masing-masing..Kelihatan beberapa wajah yang menunjukkan kelegaan setelah dapat mengurangkan kesejukan yang mencengkam hingga ke tulang putih..

Ada yang mencari air panas untuk membancuh milo,kopi dan tea..Masing-masing mencari kaedah yang berkesan untuk memanaskan badan..Ada yang membuat alasan menghisap rokok kerana ingin memanaskan badan,tidak kurang juga yang bergegas ke klinik akibat deman yang datang tiba-tiba..

Manakala aku,dengan kesejukan melampau itu,aku masih di meja melayari internet sambil melihat foto-foto yang terdapat dalam flickr kawan-kawan aku.Pada masa yang sama aku terasa hidup aku pada hari ini amat berlainan sekali. Aku rasa jiwa aku ini seakan-akan kosong tanpa di isi oleh apa-apa perasaan. Aku tiba-tiba teringat akan kampung halaman ku yang telah beberapa bulan tidak aku jejaki. Kesejukan ini membuatkan aku terasa bagai berada di kampung. Di kampung pada bulan 12 yang mana banyak kampung-kampung sekitar dibanjiri oleh air hujan yang turun mencurah-curah sejak beberapa hari. Terbayang-bayang di kepala ku yang aku sedang menolong keluarga aku memindahkan barang-barang ke pejabat ibuku memandangkan rumah aku mula dinaiki air..Suasana sejuk dan kebasahan di waktu itu membuatkan aku cepat-cepat memindahkan barang.

Aku melihat adik ku sedang bermain air di bawah pejabat itu bersama rakannya. Terus abang aku mengertaknya supaya jangan bermain air. Keadaan yang berlarutan beberapa hari itu amat aku ingati, dengan hujan yang turun tanpa tiada tanda untuk berhenti.
Syukur setelah 3 hari aku dan keluarga tinggal di pejabat,air telah mulai surut. Perkara yang paling malas aku lakukan adalah sesi membasuh rumah. Penat,lelah dan kesejukan melanda aku, membuatkan aku menjadi malas dan berat hati untuk melakukannya. Tapi kalau aku tidak bergotong royong maka,tiada la tempat untuk aku berteduh.

Satu hari masa diambil untuk membasuh dan mengemaskan rumah yang dilanda banjir itu. Proses yang amat memenatkan bagi aku sekeluarga. Malam itu dengan berlapik kan tikar kami sekeluarga tidur di ruang tamu sahaja.. Keadaan malam yang amat sejukkan membuatkan aku terkenangkan peristiwa itu pada masa ini. Aku merasa tidak sabar untuk pulang ke kampung, 1 Ramadhan nanti aku dan abang aku akan pulang bercuti menyambut kedatangan puasa di kampung. Sudah lama aku tidak dapat menyambut puasa di kampung memandangkan kesibukan bekerja. Kampungku...nantikanlah kepulangan ku nanti..

1 comment:

~MiSS Elina~ said...

jgn cedey2 yer dik.. semoga balik dgn selamat nanti..yahoo..x lama lagi posa..selamat berpuasa kak el ucapkan..mkn control hah!

ehehe